TASK
1(A)
Usahawan membawa maksud orang yang
terlibat dalam urusan jual beli barang dan perkhidmatan serta mengenalpasti
peluang , berinovasi dan bermotif untuk mendapatkan keuntungan . Usahawan
merupakan individu yang sentiasa mempunyai kemahuan , semangat dan bercita-cita
tinggi serta mengamalkan amalan strategik untuk berjaya.
Untuk
memperolehi kejayaan dalam perniagaan , usahawan perlu memiliki ciri-ciri
keusahawanan yang tepat . terdapat 9 ciri-ciri keusahawanan yang perlu diserap
dalam diri seorang usahawan iaitu rangkaian (networked) , pengambil risiko
terbuka (open risk taker) , daya pemerhatian (observant ), mempunyai wawasan
(visionary) ,kegagalan adalah suatu pilihan (failure is an option),menerima
budaya (open culture) ,orentasi pengeluaran (outcome oriented) ,orentasi
kumpulan (team oriented), dan proaktif
(proactive) .
a) Rangkaian
/ Jaringan (networked)
Jaringan
membawa maksud semua hubungan yang dibentuk / wujud dan dikekalkan oleh seorang
usahawan dengan manusia disekelilingnya untuk faedah bersama . Pihak luar
perniagaan secara langsung /tidak langsung memberi kesan kepada perniagaan.
Kejayaan usahawan dipengaruhi oleh keupayaan mereka mengenal pasti peluang dan
mendapatkan sumber terhad daripada persekitaran mereka melalui jaringan sosial.
Sebagai
contoh , Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
Mydin merupakan ikon usahawan runcit tempatan berjaya yang mengusahakan
Pasaraya borong Mydin .Pengasas bagi syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad
ialah Tuan Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein pada tahun 1957 dengan permulaan
pembukaan kedai kecil di Kota Bharu ,Kelantan . Pasaraya borong Mydin membentuk
jaringan bersama masyarakat dengan menawarkan harga barangan yang murah
berbanding pasaraya lain
b) Pengambil
risiko terbuka ( open risk taker )
Usahawan
berjaya merupakan seorang individu atau perniagaan yang cenderung untuk
melakukan sesuatu dengan cara yang berpotensi tanpa bimbang mengalami
kecederaan fizikal atau kerugian kewangan , tetapi mungkin memberikan peluang
untuk hasil yang memuaskan . Bagi menjadikan perniagaan maju , perniagaan perlu
sentiasa beinovasi dan menggalakkan mentaliti pengambil risiko di kalangan
pihak pengurusan membantu menyokong proses kreatif dalam ahli kakitangan lain.
Sebagai
rujukan , Dato Aliff Syukri Kamarzaman pengasas produk kecantikkan dan
kesihatan D’Herbs . beliau berusia 28tahun dan telah berjaya menjadi ikon
usahawan muda kerana beliau seorang yang berfikiran terbuka disamping berani
behadapan dengan risiko . Perniagaan ini mempunyai persaingan yang begitu
meluas , oleh demikian beliau mengeluarkan produk kecantikkan dan kesihatan
dengan konsep terbuka dengan lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem
yang terbaik dari segi pengurusan , keberkesanan ,kualiti serta harga
berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan .
c) Pemehatian
( Observant )
Konsep
dalam perbuatan memerhati / mengukur sistem pemerhati dan alat pengukur menjadi
sebahagian daripada sistem . Oleh itu pemerhati / alat pengukur harus
disertakan dalam difinisi sistem .pemerhatian digunakan dalam mengenalpasti
potensi syarikat dan pekerja . pemerhatian boleh dibuat menggunakan
perbandingan trend dan perbandingan industri ,hasil pemerhatian dapat
menentukan prestasi syarikat dalam tahun semasa .
Seperti
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh , iaitu pengarah urusan Sani United Sdn Bhd
(Sani Express Sdn Bhd , Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd )
disebabkan perniagaaan yang diceburi beliau mempunyai persaingan yang sangat
banyak , maka demi perbaiki dan mempertingkatkan lagi kemajuan organisasi ,
beliau sentiasa melakukan permerhatian yang teperinci mengenai perniagaan
beliau .beliau juga sangat tegas dalam peraturan / polisi syarikat yang
sentiasa mengenalpasti setiap prestasi pekerja dan perkhidmatan dalam syarikat beliau
.
d) Wawasan
(visionary)
Usahawan
perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas dan boleh
diukur pencapaiannnya. Usahawan juga harus peka kepada kemampuan sendiri dan
mengenal pasti halangan dalaman dan luaran supaya halangan-halangan tersebut
dapat diatasi. Wawasan juga didefinisikan sebagai apa yang diinginkan oleh
setiap organisasi dan merupakan perspektif jangka panjang serta memberi fokus
pada masa hadapan.
Sebagai
contoh, usahawan yang berjaya dalam bidang keselamatan iaitu Datuk Wira Dr.
Maznah Hamid. Beliau adalah merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.
Beliau berwawasan untuk membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30
tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia
dan dengan wawasan yang dicipta untuk syarikat kawalannya beliau akhirnya
berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
e) Pasukan
berorientasi (team oriented)
Perniagaan yang menekankan semangat kerja
berpasukan dan kerjasama yang boleh
menguatkan lagi kekuatan individu pekerja dalam sesebuah organisasi.
Dalam pasukan berorientasi ini ahli kmpulan akan mewujudkan identiti kumpulan
dan menganggap kumpulan tersebut sebagai mencerminkan identiti mereka. Terdapat
dua bentuk kumpulan iaitu kumpulan primary iaitu kumpulan yang berorientasikan
mesra yang melibatkan pelbagai aktiviti dan kumpulan sekunder iaitu kumpulan
yang berorientasikan matlamat yang melibatkan beberapa aktiviti sahaja.
Kamal
Suzaidi Mohamad Kamal ( SANGAT Style ) , Amzari Zamri (A Miker Brand) , dan
Syafiq NorZizan ( The Power Company ) berkongsi misi yang sama iaitu
memperjuangkan hasil kreativii jenama keluaran tempatan untuk dikomersial kan
ke pasaran yang lebih luas .mereka sepakat untuk bergabung diprogram “tempatan
fest 8.0” bagi menghebahkan dan memperkenalkan jenama mereka kepada masyarakat
.
f) Kegagalan
ialah suatu pilihan (Failure is a option )
Kegagalan
merupakan sebuah ketakutan semulajadi yang menganggu emosi dan mungkin juga
boleh menyebabkan ketandusan idea menghasilkan sesuatu yang baru pada usahawan.
Apabila kamu menerima yang bukan semua keputusan akan berjaya seperti yang kamu
harapkan, kamu akan selamat dan kamu dapat mengurangkan beban.kegagalan ialah
sesuatu yang baik sebab ia mengajar kamu menjadi lebih kreatif,bijak mencari
penyelesaian alternative yang pasti lebih baik dari keputusan kamu sebelumnya
dan menjadi lebih maju dalam perniagaan.
Seperti
Dato Lee Boon Siew , pengasas Syarikat Honda pernah diketawakan oleh orang
ramai yang menganggap motosikal Honda yang dibawanya tidak berguna dan cepat
rosak, namun ia tidak mematahkan hasrat nya untuk memperkenalkan motosikal
sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling
diminati.
g) Budaya
terbuka (open culture)
Satu
set kepercayaan, adat , amalan dan tingkah laku yang wujud dalam populasi.
Syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa akan melakukan pemeriksaan
sosiobudaya sebelum memasuki pasaran sasaran mereka.
Adik-beradik
Dick Mac McDonald merupakan pengasas kepada Restoran McDonald. McDonald
merupakan salah satu restoran makanan segera terkenal di seluruh dunia yang
menyediakan pelbagai menu hidangan yang berunsurkan daging,ayam,kentang mahupun
sayur. Demi memperkembangkan perniagaan sehingga ke India , McDonald melakukan
perubahan dalam menu mereka dengan meghapuskan hidangan yang berasaskan daging
lembu mengikut kepercayaan dan budaya mereka.
h) Pengeluaran
berorientasi (outcome oriented)
Penggunaan model untuk menentukan
dan menganalisis kehendak yang perlu bagi kejayaan sistem berorientasikan objek
analisis adalah satu proses pengumpulan barang-barag yang berinteraksi antara
satu sama lain, biasanya mengikut kelas, data atau tingkahlaku,untuk mewujudkan
satu model yang tepat mewakili tujuan yag dimaksudkan sistem secara
keseluruhannya.
Julius
Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang anak
imigran itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal maggi ialah stok sup
pada tahun 1872, sekarang produk maggi menjadi antara salah satu syarikat
pengeluaran yang terbaik dan berorentasi. Syarikat maggi berjaya menghasilkan
ribuan keluaran produk dalam masa setahun dan dapat memenuhi kehendak
pelanggan.
i) Proaktif
(proactive)
Sikap
proaktif sangat penting dalam perniagaan kerana usahawan mampu menangkap
peluang yang ada, memiliki visi yang jelas ke depan , selalu aktif dan
memikirkan apa yang dapat ushawan lakukan untuk meningkatkan kualiti
perniagaannya. Tingkah laku proaktif yang bertujuan untuk mengenalpasti dan
mengeksploitasi peluang dan mengambil tindakan terhadap masalah ,ancaman dan
potensi.
Adolf Dassler
merupakan pengasas kepada syarikat Adidas yang mengeluarkan pelbagai
jenis barangan terutama barangan sukan seperti kasut. Perniagaan ini mempunyai
banyak persaingan seperti syarikat Puma, Converse dan Nike. Oleh demikian ,
Adidas sentiasa bersikap proaktif bagi mengekalkan imej perniagaan tetap unggul
dan menarik perhatian semua golongan dengan sentiasa melakukan perubahan dan
kemajuan dari segi kualiti dan kehendak pengguna.
TASK 1(B)
YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer
Ali Mydin (Pasaraya Mydin)
YBhg.
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin adalah seorang usahawan yang menjalankan
perniagaan peruncitan dan pemborongan yang terbesar di Malaysia iaitu Pasaraya
Mydin . Beliau amat dikenali ramai kerana sikap serta ketegasan beliau dalam
aspek menepati masa, berjimat cermat serta berdisplin ketika bekerja.
Beliau
juga merupakan anak kepada pengasas pasaraya Mydin iaitu Tuan Mydin Mohamed Bin
Ghulam yang mengasaskan Mydin sejak tahun 1957.Beliau telah dilantik untuk menjadi
pengarah urusan Mydin Mohamed Mydin Berhad .
Daripada
sebuah kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan, kini Mydin telah berkembang dengan
pesat menjadi hypermarket ke seluruh negara. Sehingga ke hari ini terdapat
lebih 90 kedai termasuk 8 buah pasaraya besar dan Mydin Wholesale Emporium di
beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Beliau
menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin
seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. "Jika anda
tiba tepat pada masanya anda lewat!" Moto ini telah memeluk oleh
pekerja-pekerja dan ahli keluarga.
Dato
'Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia
kesejahteraan. Beliau membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri
runcit Malaysia bukan sahaja dengan aktif menyokong dan mempromosikan produk
tempatan dan IKS / PKS tetapi juga menjalankan perniagaan cara yang sihat
dengan mengamalkan produk dan perkhidmatan Halal.
Usahawan
ini juga dikatakan mempunyai banyak sifat yang dapat contohi dan membuatkan
para pekerja lebih menghormati beliau . Antara sifat-sifat beliau adalah
dibawah.
PEMERHATI (OBSERVANT)
Datuk
Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin mempunyai satu sikap yang diterapkan sejak dari
zaman bapanya adalah dengan memastikan setiap pekerja mempunyai buku nota 555
yang digunakan bagi mencatat sebarang perkara penting dengan serta-merta Di
Mydin, para pekerja turut diterapkan dengan prosedur menepati masa terutama
dari segi menepati tarikh akhir menghantar laporan kepada ketua serta perlu
sentiasa terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku. Ini
menunjukkan bahawa Datuk Wira adalah seorang yang memerhati pekerjaan para
pekerjanya agar dapat melatihkan pekerja yang berdedikasi . Atas sikap-sikap
yang diterapkan sejak dahulu lagi , Datuk Wira dapat menjadi kan Pasaraya Mydin
adalah antara pasaraya yang terbaik dan berjaya dia semenanjung Malaysia ini.
Datuk
Wira juga dikatakan mempunyai sifat utama dalam rahsia kejayaannya adalah
kepimpinan dan berdisplin . Beliau juga adalah seorang yang kuat bekerja atau
sering dikatakan ‘gila kerja’ . Beliau sering turun padang menyertai para
pekerja untuk memerhati kelancaran pekerjanya melakukan kerja sewaktu kerja .
BUDAYA TERBUKA (OPEN
CULTURE)
Kejayaan
Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga
tersebut, yang nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang
berasal dari India, sungguhpun pengarah urusan, Dato’ Ameer Ali merupakan
generasi keempat yang bermastautin di Malaysia.
Ayah
kepada datuk beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916.
Seperti ramai imigran lain, beliau adalah diantara anak anak muda yang berani
menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang perniagaan di
tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India
tentang kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.
Ghulam
Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan
disekitar tahun 20-30han. Sungguhpun
demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal
dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan
diutamakan dan En Mydin dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan
berdisiplin. Kini, setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka
merendah diri dan berjimat cermat.
Disebabkan itu , Datuk Wira Ameer mempunyai
sifat keterbukaan budaya kerana telah diterapakan oleh bapanya sejak dari kecil
lagi . Beliau akan lebih mudah untuk berinteraksi bersama pelanggan dan juga
pekerjanya untuk melalui apa-apa urusan . Beliau juga lebih didekati dan
mempunyai sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting dalam keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya
nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu, sekurang kurangnya kita harus faham sifat
berjimat cermat adalah sifat baik yang
perlu dibudayakan untuk maju kehadapan.
BERORENTASIKAN PASUKAN
(TEAM ORIENTED)
Beliau
yang dimaksudkan ialah Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan
Mydin Mohamed Holdings Berhad. Beliau juga merupakan anak kepada pengasas
pasaraya Mydin iaitu Tuan Mydin Mohamed Bin Ghulam yang mengasaskan Mydin sejak
tahun 1957.
Daripada
sebuah kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan, kini Mydin telah berkembang dengan
pesat menjadi hypermarket ke seluruh negara. Sehingga ke hari ini terdapat
lebih 90 kedai termasuk 8 buah pasaraya besar dan Mydin Wholesale Emporium di
beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Semenjak
kecil lagi beliau telah mengikut bapanya berniaga di kedai. Beliau juga turut
diajar untuk menjadi lebih berdisiplin serta berjimat cermat oleh bapanya sejak
kecil lagi. Ternyata sehingga kini sikap tersebut menjadi prinsip penting dalam
kehidupan dan perniagaan beliau.
Antara
kata-kata yang selalu diingatkan kepada pekerja beliau adalah :
“Jika anda menepati masa, secara
automatiknya anda akan mempunyai disiplin yang tinggi dalam pelbagai perkara..”
Dengan
sikapnya yang sangat mengambilberat tentang para pekerjanya juga dapat
menjadikan pasukan didalam Pasaraya Mydin sangat efektif dan dapat melakukan
kerja dengan baik . Datuk Wira juga kerap mengambil berat tentang para
pekerjanya dan dapat membuatkan pekerjanya brasa senang untuk bekerja
bersamanya .
Beliau
akan mengongsikan keuntungan bersama para pekerjanya dengan memberi bonus
kepada pekerja yang telah melakukan pekerjaan dengan baik . Atas sebab sikapnya
yang sangat prihatin membuatkan pasukan yang bekerja didalam Pasaraya Mydin
adalah pasukan yang sangat intergratif .
PROAKTIF (PROACTIVE)
Mengetahui
selera pelanggan adalah kunci kepada kejayaan Mydin kerana itulah pelbagai rangkaian produk ditawarkan untuk
memenuhi keperluan yang berbeza. Sebagai pemimpin yang didorong
oleh falsafah pemasaran
dalam aktiviti perniagaan
hariannya, Dato’ Ameer sangat mahir menggerakkan kecekapan dan keupayaan
dalam pemasaran, yang ditunjukkan melalui pengalaman beliau. Mydin tahu
pelanggannya dengan baik dan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan
rendah dan sederhana. Penyesuaian dan fleksibiliti dalam barangan yang
ditawarkan wujud di Mydin. Menurut beliau, cogan kata "mengapa bayar
lebih" itu slogan perniagaan yang
berkesan di dalam strategi Mydin. Dato’ Ameer juga menekankan pentingnya
memilih pasaran sasaran yang betul. Bagi memenuhi keperluan segmen pasaran yang
berbeza, beliau telah tampil dengan portfolio format perniagaan yang berbeza
seperti pasar raya besar, emporiums, kedai runcit dan pasar mini, yang terbukti
sangat berjaya. Setiap perniagaan mempunyai format khusus dan memberi tumpuan
kepada memenuhi segmen pelanggan yang tersendiri di seluruh Malaysia.
RANGKAIAN (NETWORKED)
Dato’
Ameer Ali mengamalkan komunikasi dua hala dan terbuka kepada semua kakitangannya.
Beliau mengambil masa untuk mendengar pandangan kakitangan beliau terutama
sekali berhubung dengan harga barangan, ini kerana mereka yang menerima respon
dari pelanggan tentang perkara tersebut.
Kemahiran berkomunikasi yang
baik dengan pelawat-pelawat, pembekal dan pelanggan dari
pelbagai latar belakang dapat meningkatkan kerjasama yang kukuh antara
syarikat. Manakala
komunikasi dalaman antara jabatan adalah manifestasi daripada strategi pemasaran yang
berkesan di kalangan pekerja Mydin daripada unit yang berbeza. Oleh itu, dengan
sokongan daripada pekerjanya, falsafah ini berjaya menjadi budaya organisasi
setiap hari bekerja.
No comments:
Post a Comment